Discover

Our Menu

Mengenai Kami

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pak tam atau nama sebenarnya adalah Mohd Asri bin Ismail seorang pengusaha Restoran Pak Tam Sri Corner dan salah satu daripada restoran pilihan jalan-jalan cari makan. Beliau mempunyai pengalaman bekerja di bidang muzik selama 17 tahun di syarikat BMG music ,NAR Record dan LIVE Record sebagai Public Relation Officer(PRO) Artist.

Pada masa itu ekonomi di Malaysia agak kurang memberangsangkan bagi industri muzik yang menyebabkan album jualan kesemua artis Malaysia menurun sebanyak hampir 90% Semasa beliau bekerja di LIVE Record, beliau telah mula mencari alternatif pekerjaan lain dan pada masa itu beliau menjumpai 1 lokasi perniagaan untuk membuka gerai/warung jualan.

Pada tahun 2008, beliau berbincang dengan rakannya berkenaan perniagaan yang boleh dijalankan, dan idea untuk menjual nasi ayam muncul. Pak tam dibantu sahabat-sahabatnya bagi membangunkan perniagaan dan melakukan penjualan nasi ayam.

Bermula dengan menu hanyalah nasi ayam hainan dan char kuey teaw, kini terdapat variasi menu lain seperti char kuey teaw lubuk udang, laksa A ,tomyam dan Seafood, bihun sup kalut (utara), makanan barat (western), satay dan banyak lagi.

Lokasi

58213, Jalan Samudera Utama, Batu Caves, 68100 Gombak, Selangor

Masa Operasi

11.00 pagi - 01.00 pagi

Tempahan Meja

Hotline : 012 - 380 5005

Hubungi Kami